Wednesday, August 6, 2008

MaKaNaN???

Salam sejahtera kepada semua mahasiswa yang sekalian, kami di sini ingin memberitahu semua pelajar bahawa harga-harga di kafe telah disilingkan seperti apa yang akan dipaparkan di papan harga setiap kafe. Oleh hal yang demikian, sekiranya mahasiswa berasa harga yang dikenakan adalah tidak relevan dan tidak berpatutan, mahasiswa berhak untuk meminta juruwang di kafe untuk menerangkan cara pengiraan harga. Sekiranya mahasiswa berasa harga yang dikenakan adalah tidak mengikuti harga siling yang dipaparkan, sila membawa resit makanan yang bertulis sedia dengan ada cop kafe dan sila datang ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar untuk membuat aduan.

Resit bertulis tersebut haruslah ditulis dengan jelas. Sebagai contoh: sekiranya mahasiswa membeli satu nasi dan sayur dan dikenakan caj sebanyak RM 3.50, mahasiswa boleh meminta juruwang di cashier untuk menulis berapa caj yang dikenakan kepada mereka atas sayur dan nasi tersebut secara berasingan. Contoh: Sayur RM1.50 dan Nasi RM2.00.

Mahasiswa berhak untuk menyoal juruwang di cashier tetapi mahasiswa dinasihati untuk menyoal dalam cara yang sopan santun. Kan kita semua ni berpendidikan? Jadi, sila bertindak dengan wajar dan tidak melulu.

Berkenaan dengan masalah pihak kafeteria yang tidak mengikut harga siling yang dipaparkan, kami pihak MPP mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. percayalah MPP untuk kali ini. Kami akan membuat yang sebaik mungkin.

Bagi masalah keracunan makanan yang sering dijadikan isu di kalangan mahasiswa, mahasiswa sekarang juga boleh menuntut hak kamu dengan cara-cara yang sedemikian. Sekiranya mahasiswa berasa tidak selesa dan sakit selepas makan makanan yang dibeli di kafe, mahasiswa boleh pergi ke Pusat Rawatan Warga untuk membuat pemeriksaan badan. Sekiranya doktor yang bertugas mengatakan bahawa mahasiswa dijangkit keracunan makanan, mahasiswa boleh meminta doktor tersebut untuk menulis satu report yang menyatakan bahawa sakit adalh sebab keracunan makanan. Kemudian, mahasiswa sila membawa report tersebut dan datang ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan membuat aduan. mahasiswa boleh terus berjumpa dengan MPP yang bertugas di pejabat atau mahasiswa boleh berjumpa dengan kami secara terus-Tan Choon Fei atau Nur Nadia Amira bt. Mohd Nasir. Kami akan membantu mahasiswa sekalian untuk menuntut hak kamu sebagai pengguna.

Jadilah seorang mahasiswa yang boleh bertindak secara profesional. Bawakan isu yang berkaitan ini kepada kami dan kami akan menolong menyelesaikannya. Kami juga amat memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada mahasiswa sekalian dalam menangani masalah tersebut. Jangan membuat sebarang propaganda di kalangan mahasiswa dan menulis apa-apa komen di friendster discussion. Apa yang kami sedang lakukan adalah menyelesaikan masalah dan bukan menyelesaikan dan menenteramkan propaganda.

BERTINDAK SECARA WAJAR!!!
BERFIKIR SEPERTI SEORANG MAHASISWA!!!

2 comments:

Anonymous said...

salam, harga makanan di kolej kediaman e terutamanya di btc, mcm tak da perubahan. nasi+sayur=2.20.
maksudnya, harga sayur di sini dicas 1.20.
kalu nak minta resit, kami tidak ada keberanian.
bila beli nasi goreng kampung, yang biasa dicas 3.00, tetiba di cas 3.50. bila bertanya mgp harga naik 0.50 pun dah kena sound. apa lagi kalu minta resit.
pemerhatian saya sendiri, di btc la kan (kafe lain saya jarang beli), harga tak tetap. bergantung kepada siapa cashiernya.
utk men"confirm"kan keadaan, cadanagan saya la, apa kata kalu mpp g beli makan di cafe-cafe di sekitar ums utk mengetahui sendiri keadaan sebenar. saya rasa setiap kolej ada kan mpp?
harap2 suara ini didengari.
tq

entre_mppums said...

Terima kasih kerana mengeluarkan isu ini. Sekiranya saudara dikenakan caj yang tidak berpatutan dan tidak mengikut harga yang diletak, saudara berhak meminta resit daripada pihak. Itu adalah hak saudara sebagai pengguna. Sekiranya pihak cashier tidak hendak memberi resit kepada saudara, saudara boleh mengambil nama cashier tersebut dan serahkan ke pejabat MPP. Kami akan tolong membuat siasatan tersebut. Yang paling balik kalau saudara dapat mendapatkan resit tersebut sebagai bukti. Ingat, berani kerana benar. TQ