Tuesday, September 9, 2008

ApA BeZaNyA?

Peperangan yang sering berlaku di dunia selalu dikata-kata oleh orang ramai sebagai satu fenomena yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apa yang menjadi lagi memedih hati apabila kami terbaca surat khabar yang kanak-kanak yang tidak berdosa yang selalu menjadi mangsa peperangan ini. Mereka akan kehilangan ibu bapa mereka dalam sekelip mata dan menjadi anak yatim. Apa yang lagi menyedihkan adalah apabila kanak-kanak ini mati kelaparan.

Kami yang selalu berada di sini selalu mengutuk tindakan dan perbuatan ini. Kami ini selalu berdoa agar kami tidak ditimpa masalah begitu agar berharap mereka yang di sana itu akan menjalani hidup yang lebih baik. Adakah kami ini betul-betul berperikemanusiaan?

Di sini, saya ingin mengambil satu kes yang baru-baru berlaku di depan mata saya. Kes ini mungkin agak sensetif kalau diperkatakan. Isu ini adalah isu anjing. Kebelakangan ini, terdapat tiga ekor anak anjing yang telah menetap di belakang dan bawah blok saya. Kalau tidak silap saya, ibu anjing itu akan menyusu anaknya setiap awal pagi dan waktu malam. Anak anjing itu baru sebesar sebulan. Maka, bolehlah diimiginasikan sebesar mana anak anjing itu. Kebelakangan ini, adalah diadakan penembakan anjing di setiap kampung akibat daripada aduan daripada penghuni kolej kediaman di setiap kampung bahawa anjing berkeliaran dan anjing "menggigit". Pada saya, aduan itu seolah-olah dijadi-jadikan. Selama saya menetap di UMS ini, tidak oernah saya nampak anjing menggigit atau mengacau pelajar selainlah kalau pelajar itu sendiri yang mulakan. Setahu saya, berapa kes anjing menggigit dalam Malaysia dalam setahun?
Angka itu saya rasa tidak ada orang yang mengetahuinya. Adakah itu bermaksud anjing selalu menggigit atau sebaliknya?

Sekarang anak anjing di belakang blok saya setiap masa akan berbuat bising akibat kelaparan. Kalau tidak silap saya, ibu anjing itu telah mati ditembak. Adakah itu satu perbuatan yang berperikemanusiaan? Adakah itu yang kalian membuat aduan masalah anjing hendak? Sekarang apa yang kami boleh buat adalah menunggu anak anjing itu semua mati kelaparan kan? Apa bezanya fenomena ini dengan yang kanak-kanak masa peperangan. Mereka semua ini pun bernyawa dan berperasaan. Adakah anak anjing ini jauh lebih kurang nilai nyawa mereka? Apa yang membezakan kami dengan mereka yang mencetus peperangan?

Saturday, August 30, 2008

BaGaIkAn MuZiK

Salam sejahtera.

Pada malam citra merdeka yang berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang bertempat di Dewan Canselor, terdapat satu persembahan muzik tradisional yang telah dipersembahkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Persembahan yang diberi oleh mereka itu memang bagus bagi sekumpulan kanak-kanak. Apa yang membuatkan persembahan mereka itu begitu bagus sekali adalah kombinasi muzik yang dimainkan adalah serentak dan bersesuaian.

Maka, daripada sana, begitu juga sepatutnya kami MPP kena berbuat demikian. Kami sepatutnya selalu berada pada satu kumpulan yang sama di mana semua sepatutnya memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu dan bukannya "bermain" permainan sendiri. Bagaikan musik, sekiranya hanya terdapat satu instrumen muzik yang dimainkan, yang pastinya ryhthm yang dibawa keluar tak akan sebagus jika terdapat lebih instrumen yang dimainkan sekali. Pastilah bukan setiap kali kombinasi muzik pelbagai instrumen akan selalu berbunyi sedap tetapi sekiranyaa combinasi itu dijaga dan dikaji, pasti muzik yang dibawa itu akan sedap kedengaran. Kalau muzik itu sedap, yang pasti orang yang mendengarnya pun akan memuji.

Jadi, memanglah kami akan dapat berbuat demikian kerana kanak-kanak kecil pun dapat melakukannya apatah lagi kami yang dewasa ini. Kami kena yakin pada diri sendiri bahawa muzik yang kami persembahkan adalah lebih sedap banding dengan yang lain.

Sekian.

Thursday, August 28, 2008

BlOg VeRsUs AUKU

Salam sejahtera kepada sekalian.

Kebelakangan ini, kami MPP telah digegar dengan satu perkara yang begitu panas sekali. Kami telah diberi satu amaran berkenaan dengan penggunaan blogger.com. Kami diberitahu bahawa kami terpaksa menjaga kandungan dan unsur dalam blog kami ini. Memanglah rasional kami perlu menjaga kandungan dalam blog kami tapi adakah ini bermaksud kami tidak boleh beritahu apa yang wajar dan benar? Adakah itu yang sepatutnya MPP buat? Memberitahu apa yang palsu dan menyimpan segala informasi yang kami tahu? Itukah sepatutnya hidup MPP yang terpaksa berlindung di belakang?

Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa kami walaupun MPP pun tertakluk di bawah AUKU. Tetapi adakah apa yang kami beritahu ini semua melanggar peraturan di bawahnya? Apa yang kami beritahu pun semuanya betul. Apakah peranan AUKU sebenarnya? Mengengkang segala kebenaran daripada diketahui? kalau begitu,maka apakah peranan kami sebagai MPP? Kami bukannya melanggar AUKU tapi apa yang kami buat hanya tergeser dengan AUKU secara tidak langsung. Kalau begitu ceritanya, maka apa gunanya MPP? Maka, mungkin apa yang masyarakat kini mengatakan mahasiswa ini lesu adalah bersebab. Diam-diam besi berkarat.

Jika AUKU begitu memainkan peranan yang penting, jadi pastikan semua mahasiswa di UNi manghafal AUKU. Jangan-jangan nanti tiba-tiba dibuang Uni tanpa mengetahui sebabnya.

Sekian.

Thursday, August 14, 2008

kAfE Di SKTM

Salam sejahtera kepada mereka yang belajar di SKTM. Ada satu perkara yang ingin saya beritahu kepada semua warga SKTM berkenaan dengan kafeteria SKTM.

Di sini, saya ingin meminta maaf kepada semua warga SKTM kerana kelewatan pembukaan kafeteria. Untuk pengetahuan semua warga SKTM, sebenarnya tender kafeteria SKTM telah ada tetapi masalah yang dihadapi adalah masalah tapak kafeteria itu sendiri. Hal ini kerana tapak kafeteria telah divandalismekan. Sebenarnya, kafeteria lalu yang berniaga di sana itu telah mencuri semua peralatan dan kemudahan yang sedia ada di sana. Contohnya, meja, kipas, alat di dapur dan sekali dengan kerusi. Oleh hal yang demikian, masa untuk mencari tender untuk memperbaiki kafeteria ini akan mengambil masa.

Maka, saya ingin meminta maaf sekali atas kesulitan yang warga SKTM kena hadapi. Terdapat satu kafeteria di Anjung Siswa di mana warga SKTM boleh membeli makanan di sana. Sekian terima kasih.

AdAkAh ItU dIPaNgGiL KoMiTmEn?

13 Ogos 2008 di bilik depan auditorium telah berlangsungnya satu ceramah atau yang lebih dikenali sesi ramah mesra dengan seorang angkasawan negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed. Sesi ini telah dirancang selama 5 hari sahaja dan akhirnya sesi ini juga boleh dikatakan agak berjaya pada akhirnya.

Daripada sesi ini dengan Dr, saya dengan secara langsungnya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan tentang cara hidup dan aplikasi sains dalam pekerjaan sebagai angkasawan. Ilmu yang diperoleh ini juga bolehlah dikatakan agak bernilai sebab tiada banyak orang yang berpeluang menanya soalan dan terus dijawab. Kalau biasa online cari pun, kami kena mencari ilmu yang ingin dipelajari. Itu semuanya mengenai ilmu pengetahuan yang diperoleh secara langsung.

Bagi pengalaman yang diperoleh secara tidak langsung, saya telah mempelajari beberapa aspek. Sebenarnya, program ini kami telah menganggar seramai 200 orang untuk menghadiri sesi tersebut dengan meminta kerjasama daripada setiap JAKMAS untuk mencari orang untuk turun padang. Apa yang mendukacitakan, pada hari tersebut, tiada seorang pun dari JAKMAS yang hadir ke sesi tersebut. Sebelum ini, jika ada apa-apa pertolongan yang diminta daripada JAKMAS, kami tidak pernah menolak dengan menggunakan alasan yang tidak munasabah manakala kami akan cuba menolong dalam asspek yang kami mampu. Tetapi tengok apa yang berlaku pada hari sesi dengan Angkasawan itu? Sudahlah kalau pelajar-pelajar itu ada kelas, takkan seorang AJK JAKMAS pun tiada? Itukah yang dikatakan komitmen? Kalau betul-betul tidak boleh menolong, maka janganlah menjanjikan apa-apa agar kami tidak menaruh apa-apa harapan. Perkara ini telah mengajar saya bahawa apa-apa pun kami perlu lebih bergantung kepada diri sendiri. Pada masa yang sama, perkara ini juga telah mengajar saya bahawa jangan terlalu percaya kepada sesiapa pun.

Bagaimanapun, program ini juga boleh dikatakan agak berjaya dan tidaklah 100% berjaya. Kesulitan yang dihadapi sebelum dan semasa berjalannya sesi ini akhirnya dapat diatasi. Kesimpulannya, segala berjalan dengan lancar.

Wednesday, August 6, 2008

MaKaNaN???

Salam sejahtera kepada semua mahasiswa yang sekalian, kami di sini ingin memberitahu semua pelajar bahawa harga-harga di kafe telah disilingkan seperti apa yang akan dipaparkan di papan harga setiap kafe. Oleh hal yang demikian, sekiranya mahasiswa berasa harga yang dikenakan adalah tidak relevan dan tidak berpatutan, mahasiswa berhak untuk meminta juruwang di kafe untuk menerangkan cara pengiraan harga. Sekiranya mahasiswa berasa harga yang dikenakan adalah tidak mengikuti harga siling yang dipaparkan, sila membawa resit makanan yang bertulis sedia dengan ada cop kafe dan sila datang ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar untuk membuat aduan.

Resit bertulis tersebut haruslah ditulis dengan jelas. Sebagai contoh: sekiranya mahasiswa membeli satu nasi dan sayur dan dikenakan caj sebanyak RM 3.50, mahasiswa boleh meminta juruwang di cashier untuk menulis berapa caj yang dikenakan kepada mereka atas sayur dan nasi tersebut secara berasingan. Contoh: Sayur RM1.50 dan Nasi RM2.00.

Mahasiswa berhak untuk menyoal juruwang di cashier tetapi mahasiswa dinasihati untuk menyoal dalam cara yang sopan santun. Kan kita semua ni berpendidikan? Jadi, sila bertindak dengan wajar dan tidak melulu.

Berkenaan dengan masalah pihak kafeteria yang tidak mengikut harga siling yang dipaparkan, kami pihak MPP mempunyai cara yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. percayalah MPP untuk kali ini. Kami akan membuat yang sebaik mungkin.

Bagi masalah keracunan makanan yang sering dijadikan isu di kalangan mahasiswa, mahasiswa sekarang juga boleh menuntut hak kamu dengan cara-cara yang sedemikian. Sekiranya mahasiswa berasa tidak selesa dan sakit selepas makan makanan yang dibeli di kafe, mahasiswa boleh pergi ke Pusat Rawatan Warga untuk membuat pemeriksaan badan. Sekiranya doktor yang bertugas mengatakan bahawa mahasiswa dijangkit keracunan makanan, mahasiswa boleh meminta doktor tersebut untuk menulis satu report yang menyatakan bahawa sakit adalh sebab keracunan makanan. Kemudian, mahasiswa sila membawa report tersebut dan datang ke Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan membuat aduan. mahasiswa boleh terus berjumpa dengan MPP yang bertugas di pejabat atau mahasiswa boleh berjumpa dengan kami secara terus-Tan Choon Fei atau Nur Nadia Amira bt. Mohd Nasir. Kami akan membantu mahasiswa sekalian untuk menuntut hak kamu sebagai pengguna.

Jadilah seorang mahasiswa yang boleh bertindak secara profesional. Bawakan isu yang berkaitan ini kepada kami dan kami akan menolong menyelesaikannya. Kami juga amat memerlukan kerjasama dan pertolongan daripada mahasiswa sekalian dalam menangani masalah tersebut. Jangan membuat sebarang propaganda di kalangan mahasiswa dan menulis apa-apa komen di friendster discussion. Apa yang kami sedang lakukan adalah menyelesaikan masalah dan bukan menyelesaikan dan menenteramkan propaganda.

BERTINDAK SECARA WAJAR!!!
BERFIKIR SEPERTI SEORANG MAHASISWA!!!

Monday, July 14, 2008

fOr KnOwLeDgE oR uR fRiEnDs?

Hei rakan-rakan yang dikasihi, di sini saya ada satu satu keadaan untuk kalian semua membuat pilihan.

Sekiranya pada satu hari, anda telah menerima satu surat rasmi untuk dijemput menghadiri satu konvensyen dan pada masa yang sama, anda terpaksa menghadiri satu program yang di mana semua rakan anda akan berada di sana untuk melapangkan masa bersama. Ke manakah akan anda pergi?

Pada konvensyan tersebut, anda akan mempelajari sesuatu yang baru dan anda berasa amat berminat terhadap apa yang akan dibincangkan dalam slot-slot yang diaturkan. Apa yang akan dipelajari di sana itu akan memanfaatkan kamu untuk kegunaan masa depan dan diri sendiri. Di sana, kamu akan mengenali ramai rakan di sana. Pada masa yang sama, kamu dapat memperluaskan jalinan rakan.

Bagi program yang bersuka-ria bersama rakan-rakan seperjuangan, kamu dapat merapatkan hubungan bersama rakan anda di mana anda jarang dapat peluang sedemikian. Program bersuka-ria itu walaupun tidaklah mewah sangat tetapi apa yang penting adalah hubungan kamu dengan rakan dapat dirapatkan lagi. Apatah lagi sesetengah daripada mereka itu adalah pelajar tahun akhir sudah. Mungkin inilah peluang terakhir kamu akan bersuka-ria dengan rakan kamu lagi. Tambahan, kamu seorang yang amat memberatkan perhubungan dengan sahabat dan rakan.

Jadi, apa pandangan anda? Sila beri comment selepas membaca. Jangan sekadar membaca. Terima kasih.