Saturday, August 30, 2008

BaGaIkAn MuZiK

Salam sejahtera.

Pada malam citra merdeka yang berlangsung pada 30 Ogos 2008 yang bertempat di Dewan Canselor, terdapat satu persembahan muzik tradisional yang telah dipersembahkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Persembahan yang diberi oleh mereka itu memang bagus bagi sekumpulan kanak-kanak. Apa yang membuatkan persembahan mereka itu begitu bagus sekali adalah kombinasi muzik yang dimainkan adalah serentak dan bersesuaian.

Maka, daripada sana, begitu juga sepatutnya kami MPP kena berbuat demikian. Kami sepatutnya selalu berada pada satu kumpulan yang sama di mana semua sepatutnya memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan sesuatu dan bukannya "bermain" permainan sendiri. Bagaikan musik, sekiranya hanya terdapat satu instrumen muzik yang dimainkan, yang pastinya ryhthm yang dibawa keluar tak akan sebagus jika terdapat lebih instrumen yang dimainkan sekali. Pastilah bukan setiap kali kombinasi muzik pelbagai instrumen akan selalu berbunyi sedap tetapi sekiranyaa combinasi itu dijaga dan dikaji, pasti muzik yang dibawa itu akan sedap kedengaran. Kalau muzik itu sedap, yang pasti orang yang mendengarnya pun akan memuji.

Jadi, memanglah kami akan dapat berbuat demikian kerana kanak-kanak kecil pun dapat melakukannya apatah lagi kami yang dewasa ini. Kami kena yakin pada diri sendiri bahawa muzik yang kami persembahkan adalah lebih sedap banding dengan yang lain.

Sekian.

4 comments:

DiplomatikMppums said...

Sentimental a....
But its a good metaphor....

Anonymous said...

..............

Anonymous said...

jangan lupa 'check' semula perkataan yang ditulis seperti 'musik' kepada muzik, 'combinasi' kepada kombinasi dan sebagainya...

dari:cikgu bahasa melaysia...hehe

entre_mppums said...

cikgu ini dari mana?kenapa tidak berani menggunakan nama betul.? Tapi saya tahu niat cikgu baik juga kan?