Tuesday, September 9, 2008

ApA BeZaNyA?

Peperangan yang sering berlaku di dunia selalu dikata-kata oleh orang ramai sebagai satu fenomena yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Apa yang menjadi lagi memedih hati apabila kami terbaca surat khabar yang kanak-kanak yang tidak berdosa yang selalu menjadi mangsa peperangan ini. Mereka akan kehilangan ibu bapa mereka dalam sekelip mata dan menjadi anak yatim. Apa yang lagi menyedihkan adalah apabila kanak-kanak ini mati kelaparan.

Kami yang selalu berada di sini selalu mengutuk tindakan dan perbuatan ini. Kami ini selalu berdoa agar kami tidak ditimpa masalah begitu agar berharap mereka yang di sana itu akan menjalani hidup yang lebih baik. Adakah kami ini betul-betul berperikemanusiaan?

Di sini, saya ingin mengambil satu kes yang baru-baru berlaku di depan mata saya. Kes ini mungkin agak sensetif kalau diperkatakan. Isu ini adalah isu anjing. Kebelakangan ini, terdapat tiga ekor anak anjing yang telah menetap di belakang dan bawah blok saya. Kalau tidak silap saya, ibu anjing itu akan menyusu anaknya setiap awal pagi dan waktu malam. Anak anjing itu baru sebesar sebulan. Maka, bolehlah diimiginasikan sebesar mana anak anjing itu. Kebelakangan ini, adalah diadakan penembakan anjing di setiap kampung akibat daripada aduan daripada penghuni kolej kediaman di setiap kampung bahawa anjing berkeliaran dan anjing "menggigit". Pada saya, aduan itu seolah-olah dijadi-jadikan. Selama saya menetap di UMS ini, tidak oernah saya nampak anjing menggigit atau mengacau pelajar selainlah kalau pelajar itu sendiri yang mulakan. Setahu saya, berapa kes anjing menggigit dalam Malaysia dalam setahun?
Angka itu saya rasa tidak ada orang yang mengetahuinya. Adakah itu bermaksud anjing selalu menggigit atau sebaliknya?

Sekarang anak anjing di belakang blok saya setiap masa akan berbuat bising akibat kelaparan. Kalau tidak silap saya, ibu anjing itu telah mati ditembak. Adakah itu satu perbuatan yang berperikemanusiaan? Adakah itu yang kalian membuat aduan masalah anjing hendak? Sekarang apa yang kami boleh buat adalah menunggu anak anjing itu semua mati kelaparan kan? Apa bezanya fenomena ini dengan yang kanak-kanak masa peperangan. Mereka semua ini pun bernyawa dan berperasaan. Adakah anak anjing ini jauh lebih kurang nilai nyawa mereka? Apa yang membezakan kami dengan mereka yang mencetus peperangan?