Monday, July 14, 2008

fOr KnOwLeDgE oR uR fRiEnDs?

Hei rakan-rakan yang dikasihi, di sini saya ada satu satu keadaan untuk kalian semua membuat pilihan.

Sekiranya pada satu hari, anda telah menerima satu surat rasmi untuk dijemput menghadiri satu konvensyen dan pada masa yang sama, anda terpaksa menghadiri satu program yang di mana semua rakan anda akan berada di sana untuk melapangkan masa bersama. Ke manakah akan anda pergi?

Pada konvensyan tersebut, anda akan mempelajari sesuatu yang baru dan anda berasa amat berminat terhadap apa yang akan dibincangkan dalam slot-slot yang diaturkan. Apa yang akan dipelajari di sana itu akan memanfaatkan kamu untuk kegunaan masa depan dan diri sendiri. Di sana, kamu akan mengenali ramai rakan di sana. Pada masa yang sama, kamu dapat memperluaskan jalinan rakan.

Bagi program yang bersuka-ria bersama rakan-rakan seperjuangan, kamu dapat merapatkan hubungan bersama rakan anda di mana anda jarang dapat peluang sedemikian. Program bersuka-ria itu walaupun tidaklah mewah sangat tetapi apa yang penting adalah hubungan kamu dengan rakan dapat dirapatkan lagi. Apatah lagi sesetengah daripada mereka itu adalah pelajar tahun akhir sudah. Mungkin inilah peluang terakhir kamu akan bersuka-ria dengan rakan kamu lagi. Tambahan, kamu seorang yang amat memberatkan perhubungan dengan sahabat dan rakan.

Jadi, apa pandangan anda? Sila beri comment selepas membaca. Jangan sekadar membaca. Terima kasih.

Tuesday, July 1, 2008

pRoToKoL AtAu KeBaJiKaN??

Protokol atau kebajikan??

...Malam yang penuh dengan matlamat...
...Malam yang penuh dengan mahasiswa yang baru...

...Malam yang penuh dengan pembimbing suai mesra...

...Malam yang penuh dengan pegawai-pegawai HEP dan ketua unit induk MSM...

...Malam yang penuh dengan segala masalah di sebalik tabir...

...Malam yang betul-betul mengecewakan saya...

30 JUN 2008, satu tarikh yang tidak akan saya lupakan. Malam ini dengan penuh harapan saya telah menghadiri malam pertama Minggu Suai Mesra yang berlangsung di Dewan Canselor. Pada malam tersebut, semua orang berpakaian batik baru dan bolehlah dikatakan memang "grand" sekali bagi MSM pada hari pertama dan pada malam pertama. Pada saya, segala berjalan dengan lancar sekali sehinggalah pada penghujung malam tersebut. Berita tersebut betul-betul telah mengecewakan saya sepenuhnya dan harapan yang begitu tinggi sekali telah dipatahkan begitu sahaja. Kenapalah ini berlaku? Apa masalah sebenarnya yang menyebabkan semua ini berlaku? Bukankah sepatutnya semua kita ini harus pandai fikir sudah?

Perkara yang berlaku adalah berbunyi sebegitu. Saya mengetahui perkara ini daripada pegawai St. John Ambulans. Terdapat seorang perempuan pelajar baru kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan dengan lancar dan daripada arahan seorang Doktor, pelajar tersebut perlu dihantar ke pusat rawatan dengan segera supaya perkara tersebut tidak menjadi semakin serius. Apa masalah yang berlaku di sini adalah unit protokol telah menolak permintaan daripada St. John Ambulans untuk menghantar pelajar itu keluar. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya kebajikan pelajar tersebut perlu diutamakan dahulu? Atau mungkin unit protokol berasa bahawa kelancaran dan impak malam itu kepada pegawai-pegawai lebih penting? Mungkin juga unit protokol ingin memnunjukkan kepada pegawai-pegawai bahawa mereka dengan berjaya sekali dapat mengawal semua pelajar baru ini dengan berkesan? Atau mereka berasa majlis ini tidak sepatutnya dirosakkan oleh seorang yang berkaki bengkak? Adakah pegawai-pegawai yang menghadiri majlis tersebut akan marah sekiranya majlis tersebut terganggu dengan perempuan yang berkaki bengkak itu atau pegawai-pegawai akan terasa bangga kerana kebajikan pelajar baru ini dijaga dengan rapi? Adakah unit protokol bertindak rasional? Ya tidak, ya tidak. Banyak jawapan yang diberi dari pihak-pihak yang berbeza. Di sini, saya bukannya ingin menuduhkan jari kepada sesiapa tetapi dengan niat hendak memberitahu mereka yang berkaitan untuk berfikir baliklah apa yang saya katakan.

Jadi, pada pandangan pembaca, apa pandangan sekalian? Protokol atau Kebajikan?

PRoToKoL ?? kEbAjIkAn??

(Teks ini tidak memihak kepada sesiapa.)