Hei rakan-rakan yang dikasihi, di sini saya ada satu satu keadaan untuk kalian semua membuat pilihan.
Sekiranya pada satu hari, anda telah menerima satu surat rasmi untuk dijemput menghadiri satu konvensyen dan pada masa yang sama, anda terpaksa menghadiri satu program yang di mana semua rakan anda akan berada di sana untuk melapangkan masa bersama. Ke manakah akan anda pergi?
Pada konvensyan tersebut, anda akan mempelajari sesuatu yang baru dan anda berasa amat berminat terhadap apa yang akan dibincangkan dalam slot-slot yang diaturkan. Apa yang akan dipelajari di sana itu akan memanfaatkan kamu untuk kegunaan masa depan dan diri sendiri. Di sana, kamu akan mengenali ramai rakan di sana. Pada masa yang sama, kamu dapat memperluaskan jalinan rakan.
Bagi program yang bersuka-ria bersama rakan-rakan seperjuangan, kamu dapat merapatkan hubungan bersama rakan anda di mana anda jarang dapat peluang sedemikian. Program bersuka-ria itu walaupun tidaklah mewah sangat tetapi apa yang penting adalah hubungan kamu dengan rakan dapat dirapatkan lagi. Apatah lagi sesetengah daripada mereka itu adalah pelajar tahun akhir sudah. Mungkin inilah peluang terakhir kamu akan bersuka-ria dengan rakan kamu lagi. Tambahan, kamu seorang yang amat memberatkan perhubungan dengan sahabat dan rakan.
Jadi, apa pandangan anda? Sila beri comment selepas membaca. Jangan sekadar membaca. Terima kasih.
是马华赢了吗?
5 years ago
2 comments:
Kalau program yang ramai & bertujuan untuk mengeratkan hubungan, itu mungkin boleh anda lepaskan demi konvensyen yang jarang2 dapat kita ikut. pada hemat saya, lebih baik anda join konvensyen tersebut kerana ada banyak lagi cara untuk kita eratkan hubungan dengan kawan-kawan kita.dan cara itu boleh datang dengan 1001 pendekatan yang hanya Tuhan yang menentukannya. semoga saudara dapat pengalaman yang berharga di samping ada banyak hubungan baik dengan rakan seperjuangan yang lain...
setuju dengan saudara hilal.
lagipun,kita kena mencari ilmu dan ilmu x dtg bergolek2 dgn mudah.
kwn yg baik adalah kwn yg memahami..dan kalo kawan tu sama2 mahasiswa/siswi (yg mana juga dikatakan golongan intelektual),seharusnya faham yg kita ingin menimba ilmu sebaik yg mungkin.juga,insyaAllah..dgn izin Tuhan,tentu ada masa,tempat & acara lain yg blh kita luangkan bersama kwn2.persahabatan tdk hanya terjalin semasa pengajian,bukan?yg penting kita ttp akan sentiasa mengingati kwn2 kita tdk kira di mana berada,bukan sekadar bila bersuka-ria sahaja.
wallahu ahlam.
Post a Comment