Tuesday, July 1, 2008

pRoToKoL AtAu KeBaJiKaN??

Protokol atau kebajikan??

...Malam yang penuh dengan matlamat...
...Malam yang penuh dengan mahasiswa yang baru...

...Malam yang penuh dengan pembimbing suai mesra...

...Malam yang penuh dengan pegawai-pegawai HEP dan ketua unit induk MSM...

...Malam yang penuh dengan segala masalah di sebalik tabir...

...Malam yang betul-betul mengecewakan saya...

30 JUN 2008, satu tarikh yang tidak akan saya lupakan. Malam ini dengan penuh harapan saya telah menghadiri malam pertama Minggu Suai Mesra yang berlangsung di Dewan Canselor. Pada malam tersebut, semua orang berpakaian batik baru dan bolehlah dikatakan memang "grand" sekali bagi MSM pada hari pertama dan pada malam pertama. Pada saya, segala berjalan dengan lancar sekali sehinggalah pada penghujung malam tersebut. Berita tersebut betul-betul telah mengecewakan saya sepenuhnya dan harapan yang begitu tinggi sekali telah dipatahkan begitu sahaja. Kenapalah ini berlaku? Apa masalah sebenarnya yang menyebabkan semua ini berlaku? Bukankah sepatutnya semua kita ini harus pandai fikir sudah?

Perkara yang berlaku adalah berbunyi sebegitu. Saya mengetahui perkara ini daripada pegawai St. John Ambulans. Terdapat seorang perempuan pelajar baru kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan dengan lancar dan daripada arahan seorang Doktor, pelajar tersebut perlu dihantar ke pusat rawatan dengan segera supaya perkara tersebut tidak menjadi semakin serius. Apa masalah yang berlaku di sini adalah unit protokol telah menolak permintaan daripada St. John Ambulans untuk menghantar pelajar itu keluar. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku? Bukankah sepatutnya kebajikan pelajar tersebut perlu diutamakan dahulu? Atau mungkin unit protokol berasa bahawa kelancaran dan impak malam itu kepada pegawai-pegawai lebih penting? Mungkin juga unit protokol ingin memnunjukkan kepada pegawai-pegawai bahawa mereka dengan berjaya sekali dapat mengawal semua pelajar baru ini dengan berkesan? Atau mereka berasa majlis ini tidak sepatutnya dirosakkan oleh seorang yang berkaki bengkak? Adakah pegawai-pegawai yang menghadiri majlis tersebut akan marah sekiranya majlis tersebut terganggu dengan perempuan yang berkaki bengkak itu atau pegawai-pegawai akan terasa bangga kerana kebajikan pelajar baru ini dijaga dengan rapi? Adakah unit protokol bertindak rasional? Ya tidak, ya tidak. Banyak jawapan yang diberi dari pihak-pihak yang berbeza. Di sini, saya bukannya ingin menuduhkan jari kepada sesiapa tetapi dengan niat hendak memberitahu mereka yang berkaitan untuk berfikir baliklah apa yang saya katakan.

Jadi, pada pandangan pembaca, apa pandangan sekalian? Protokol atau Kebajikan?

PRoToKoL ?? kEbAjIkAn??

(Teks ini tidak memihak kepada sesiapa.)

2 comments:

DiplomatikMppums said...

Kebajikan....
Kalau protokol, kesannya cuma kepada majlis....
Kalau kebajikan, kesannya adalah ke atas kesihatan pelajar berkenaan...
Sekiranya apa2 yg serius berlaku akibat dr kebengkakan tersebut, siapa yg bertanggungjawab?
Letakkan anda di tempat pelajar berkenaan....
Apa yg akan anda inginkan?

Guang Ming said...

gitulah, kalau mcm tu, x payah lah unit kenajikan...
saya memang kecewa dgn dia org, budak yg operation tu belum dpt perhatian pihak penganjur, mereka nilah ingat diri mereka sgt hebat, tapi dalam hati dia jer, sampai hati dia org buat gitu, memang gila K..
bila bersuara, dia rg tak suka pula, lepas tu serang beramai-ramai, tiada gaya pemimpin langsung, patut dipimpin lagi tu..