Tuesday, June 17, 2008

AdA HaRaPaNkAh UnTuK PaSaR RaMaDhAn?

Masa berlalu dengan cepat dan tidak lama lagi sampailah Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang kita semua ketahui, sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri, semua yang beragama Islam akan berpuasa selama sebulan. Maka, pada waktu petang, mereka ini akan berbuka puasa. Biasanya, mereka ini akan berbuka puasa dengan membeli makanan di kafeteria atau menaiki bas ke Kolej Kediaman Indah Permai untuk membeli makanan di pasar malam ramadhan itupun kalau ada masa yang lebih dan lapang. Oleh hal yang demikian, pada tahun ini, kami dari Exco Keusahawanan dan Kepengunaan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008 ingin membuat satu pasar ramadhan di kampus UMS yang akan bertempat di sepanjang jalan dari kampung CD ke kampung E.

Dengan perlaksanaan Pasar Ramadhan di kampus UMS, kami dapat menyenangkan dan memenuhi permintaan mahasiswa yang beragama Islam. Hal ini kerana Pasar Ramadhan ini dapat membekalkan pelbagai jenis makanan. Kami pihak MPP amat yakin bahawa mereka ini sangat memerlukan variasi makanan sepanjang bulan puasa ini terutamanya setelah sehari berpuasa. Tambahan pula, kami juga berasa mereka yang menetap di kampus sepatutnya dapat merasai suasana Pasar Ramadhan yang tidak pernah diwujudkan di kampus UMS. Selain itu, kami juga berasa mahasiswa tidak perlu meletihkan diri untuk menaiki bas pergi KKIP sekadar untuk membeli makanan yang lebih banyak pilihannya. Hal ini disebabkan oleh perjalanan itu meletihkan dan membazir masa.

Apa yang mendukacitakan adalah setelah kertas kerja kami dihantar, pihak HEP telah menangguhkan kelulusan kertas kerja kami dengan mengatakan kami harus menunggu setelah tender baru kafeteria kampung AB dan kampung CD ditetapkan. Alasan yang diberi ini adalah disebabkan HEP takut pihak kafeteria akan membuat aduan bahawa tiada perniagaan sekiranya Pasar Ramadhan diwujudkan. Apa yang meraguikan adalah sepatutnya pihak HEP harus lebih menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukankah sepatutnya HEP lebih menyebelah kepada kebajikan mahasiswa? HEP bukankah nama ringkas kepada Hal Ehwal Pelajar? Ataupun pihak HEP tidak yakin dengan kebolehan pihak penganjur program? Mungkinkah HEP akan memberi alasan bahawa kami ini harus memikirkan program yang lebih bernas dan program seperti ini sepatutnya diberi peluang kepada pihak yang lain?

Apa yang membimbangkan pihak kami MPP adalah sekiranya HEP tidak meluluskan kertas kerja ini. Maka, sebagai mahasiswa yang pandai memikir, mahasiswa seharusnya membentangkan idea atau suara sekiranya mahasiswa betul-betul mengharapkan adanya pasar ramadhan ini. Kami MPP sememangnya memerlukan sokongan mahasiswa sekalian. Berilah kami satu peluang untuk membawa suara mahasiswa sekalian. Berdiri bersama-samalah dengan MPP untuk membuktikan bahawa kami sebagai mahasiswa mempunyai hak sebagai seorang mahasiswa. Hidup mahasiswa!!!

3 comments:

Guang Ming said...

Geng, ISA tau?

lAl said...

Hoho... Xkan nak jadi macam kes Pasar Malam???? Macm Susah ja...saya doakan pasar Ramadhan nie berjaya dijalankan oleh Exco Keusahawanan & Kepenggunaan. Demi kebahagiaan bersama...

天岚月影 said...

jangan kasih saya tengok polysterene digunakan ...tau?