Friday, June 20, 2008

fAhAmKaH pRoGrAm kEuSaHaWaNaN?

Wahai rakan seperjuangan, maaf sebab membuat kalian menunggu. Kali ini, isu yang akan Exco kami bincangkan adalah isu yang berkaitan dengan keusahawanan. Apakah itu Program Keusahawanan? Sebenarnya, program keusahawanan itu membawa maksud program yang akan diusahakan atas kebijaksanaan seseorang untuk mengaut keuntungan pada masa yang adanya peluang diberi.

Sepanjang sesi kami, kami telah menganjurkan beberapa program keusahawanan. Sebagai contoh, kami mengadakan penjualan minuman dan buah-buahan pada malam sempena Pesta Ang Pow tahun 2008. Itulah yang dikatakan sebagai aktiviti keusahawanan di mana kami mengambil kesempatan untuk membuat niaga apabila kami ternampak adanya peluang. Pada masa yang sama, kami juga telah mengaut keuntungan dari penjualan tersebut walaupun keuntungan itu kurang. Tambahan pula, kami juga akan megadakan Penjualan Barang Keperluan sepanjang Minggu Suai Mesra. Apa yang pasti, program keusahawanan ini juga adalah untuk menjana dana untuk Majlis Perwakilan Pelajar. Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa objektif program keusahawanan ini sebenarnya akan MENGUNTUNGKAN dan TIDAK MERUGIKAN.

Sekarang, mari kita melihat balik apa program keusahawanan yang telah diadakan pada sesi-sesi dulu. Mari kita lihat balik pada program Pasar Malam yang diadakan pada tahun lepas di bawah Exco Pembangunan dan Ekonomi Majlis Perwakilan Pelajar 2006/2007, apa yang kita dapat tahu adalah program tersebut mendapat peruntukan dari HEP. Jumlah peruntukan tersebut tidak boleh diberitahu atas sebab ia adalah sulit. Maka, selepas habis berlangsungnya program pasar malam tersebut, maka apa yang memeranjatkan adalah program tersebut tidak menguntugkan langsung walaupun Jawatankuasa Pasar Malam mengambil sewa dari pihak gerai. Kelakarkan fenomena ini? Dengan adanya peruntukan dari HEP yang tidak kurang dan sewa yang dikutip dari gerai-gerai, mustahillah tiada duit yang tinggal. (Itu pada pandangan Exco kami sahaja. Bergantung kepada pemikiran pembaca.) Apakah yang menyebabkan tiada keuntungan? Adakah pihak Jawatankuasa yang tidak pandai mengendalikan duit atau berlakunya "perkara yang tidak patut berlaku"? Patutkah kita salahkan seluruh Jawatankuasa atau salah itu berpunca dari Majlis Tertinggi program tersebut? (Tetapi biasanya itu salah Majlis Tertinggi program.Kan?) Jadi, layakkah ahli Majlis Tertinggi program ini patut diberi peluang lagi untuk membuat program yang sama pada masa hadapan? Layakkah ahli Majlis Tertinggi ini layak memegang lagi portfolio tinggi di sesuatu aktiviti? Patutkah kami mempercayai mereka ini lagi? Ketua pengarah program itu layakkah diberi peluang kedua untuk membuat program yang sama??? Apa yang mendukacitakan adalah sesetengah pihak yang berasa Program Pasar Malam ini yang banyak mengaut untung telah merampas program ini. Sudahlah tidak berpengalaman dalam hal ini, mereka telah mengambil balik ketua pengarah yang sama dan mereka ini langsung tidak tahu latar belakangnya. Anehkan? Apa yang aneh lagi mereka ini bermati-matian hendak membuat program ini sedangkan mereka diberitahu yang Ketua Pengarah yang dilantik itu pernah membuat program pasar malam pada masa dulu dan tidak mengaut sebarang keuntungan. Apakah hikmah di sebaliknya? Mungkin mereka ini hendak memberi kepelbagaian makanan kepada mahasiswa dalam UMS ini. Jangan berfikir sembarangan. Benda yang ringkas jangan rumitkan. Faham-fahamlah!



Maka, di sini kami sebagai Exco Keusahawanan dan Kepenggunaan MPP ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan setiap pihak bahawa program keusahawanan bukannya pasti membawa keuntungan, tetapi mereka yang pernah membuat program keusahawanan yang tidak berjaya patut dipertimbangkan semula. Mereka yang baru mungkin adalah lebih baik manalah tahu mungkin sikap keusahawanan mereka yang baru ini lebih tinggi. Takkan nak ambil orang yang sama selalu. Tiada bakat-bakat barukah di UMS lagi?

Pada pandangan kami lagi, kami berasa pihak HEP sepatutnya sedar apa program yang dapat menguntugkan dan dapatlah kurangkan peruntukan dan sebaik-baiknya tiada peruntukan. Kecualilah HEP boleh meminjam modal pendahuluan kepada program tersebut. Kami amat yakin HEP dapat membuat pengiraan dan pertimbangan yang jitu dan bernas.

Akhir kata, bagi mereka yang betul-betul berminat untuk membuat niaga di kampus UMS KK, sila berhubungi dengan kami dan pastinya kami dapat menolong anda. Jangan malu-malu!!! Datang kepada kami dan kami akan membantu dengan sedaya upaya. Jangan lupa tahu!!! BAKAL-BAKAL USAHAWAN!!!

Tuesday, June 17, 2008

AdA HaRaPaNkAh UnTuK PaSaR RaMaDhAn?

Masa berlalu dengan cepat dan tidak lama lagi sampailah Hari Raya Aidilfitri. Seperti yang kita semua ketahui, sebulan sebelum Hari Raya Aidilfitri, semua yang beragama Islam akan berpuasa selama sebulan. Maka, pada waktu petang, mereka ini akan berbuka puasa. Biasanya, mereka ini akan berbuka puasa dengan membeli makanan di kafeteria atau menaiki bas ke Kolej Kediaman Indah Permai untuk membeli makanan di pasar malam ramadhan itupun kalau ada masa yang lebih dan lapang. Oleh hal yang demikian, pada tahun ini, kami dari Exco Keusahawanan dan Kepengunaan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2007/2008 ingin membuat satu pasar ramadhan di kampus UMS yang akan bertempat di sepanjang jalan dari kampung CD ke kampung E.

Dengan perlaksanaan Pasar Ramadhan di kampus UMS, kami dapat menyenangkan dan memenuhi permintaan mahasiswa yang beragama Islam. Hal ini kerana Pasar Ramadhan ini dapat membekalkan pelbagai jenis makanan. Kami pihak MPP amat yakin bahawa mereka ini sangat memerlukan variasi makanan sepanjang bulan puasa ini terutamanya setelah sehari berpuasa. Tambahan pula, kami juga berasa mereka yang menetap di kampus sepatutnya dapat merasai suasana Pasar Ramadhan yang tidak pernah diwujudkan di kampus UMS. Selain itu, kami juga berasa mahasiswa tidak perlu meletihkan diri untuk menaiki bas pergi KKIP sekadar untuk membeli makanan yang lebih banyak pilihannya. Hal ini disebabkan oleh perjalanan itu meletihkan dan membazir masa.

Apa yang mendukacitakan adalah setelah kertas kerja kami dihantar, pihak HEP telah menangguhkan kelulusan kertas kerja kami dengan mengatakan kami harus menunggu setelah tender baru kafeteria kampung AB dan kampung CD ditetapkan. Alasan yang diberi ini adalah disebabkan HEP takut pihak kafeteria akan membuat aduan bahawa tiada perniagaan sekiranya Pasar Ramadhan diwujudkan. Apa yang meraguikan adalah sepatutnya pihak HEP harus lebih menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukankah sepatutnya HEP lebih menyebelah kepada kebajikan mahasiswa? HEP bukankah nama ringkas kepada Hal Ehwal Pelajar? Ataupun pihak HEP tidak yakin dengan kebolehan pihak penganjur program? Mungkinkah HEP akan memberi alasan bahawa kami ini harus memikirkan program yang lebih bernas dan program seperti ini sepatutnya diberi peluang kepada pihak yang lain?

Apa yang membimbangkan pihak kami MPP adalah sekiranya HEP tidak meluluskan kertas kerja ini. Maka, sebagai mahasiswa yang pandai memikir, mahasiswa seharusnya membentangkan idea atau suara sekiranya mahasiswa betul-betul mengharapkan adanya pasar ramadhan ini. Kami MPP sememangnya memerlukan sokongan mahasiswa sekalian. Berilah kami satu peluang untuk membawa suara mahasiswa sekalian. Berdiri bersama-samalah dengan MPP untuk membuktikan bahawa kami sebagai mahasiswa mempunyai hak sebagai seorang mahasiswa. Hidup mahasiswa!!!